Tom Yam Thai Special.

Bahan-Bahan:-

¼ ekor ayam & daging
¼ kg udang & ¼ kg sotong
RM2.00 bunga kobis
RM1.00 kobis
3 biji carot
2 keping batang sup
10 helai daun limau purut
3 @ 4 biji limau nipis
4 batang serai (ketuk)
2 biji tomato (potong 4)
4 biji bawang besar (potong 4)
6 biji cili padi (ketuk)

Bahan kisar -
3 biji cili kering
5 biji cili besar
½ inci lengkuas
¼ inci halia
2 biji tomato
1 batang serai
3 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

Cara memasak:-

Masukkan bahan kisar, daging, garam & ajinomoto secukup rasa ke dalam periuk, didihkan diatas api, setelah daging setengah empuk masukkan ayam, didihkan sekejap, kemudian baru dimasukkan sotong dan udang. setelah itu masukkan bawang besar, serai, daun limau purut, tomato, kobis, bunga kobis, biarkan 5 minit, perah limau nipis secukup rasa.

** Setelah dimasukkan sayuran, jangan dibiarkan lama diatas dapur, jika boleh setelah masak dipindahkan keperiuk lain untuk mengelakkan haba periuk merosakkan sayuran.

August 21, 2008 at 5:08 pm Leave a comment


Categories

  • Blogroll

  • Feeds


    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.